Untitled Document
Untitled Document


AVAIL BEAUTY SDN. BHD., ialah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Jualan Lansung (AJL) dan menjalankan pemasaran berbilang tingkat(MLM). Lebih dikenali dengan nama AVAIL dikalangan rakaniaga, syarikat AVAIL memulakan perniagaan MLM pada 1hb Januari 2005 dan beribu pejabat di Puchong, Selangor, Malaysia.

Dalam jangka masa 3 tahun sahaja, AVAIL telah berjaya mengembangkan sayapnya ke negara seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Dengan tanggungjawab dan komitmen yang jitu, kini AVAIL telah berjaya mendirikan kilang FC Bio Sanitary Pad yang dimiliki 100% oleh syarikat di Huizhou, China.

Perkembangan pesat syarikat AVAIL dalam masa yang begitu singkat ini didokong oleh usaha dan semangat berpasukan yang diketuai oleh Pihak Pentadbiran Syarikat dan Para Pemimpinnya yang berpegang kepada SEMANGAT AVAILIAN, iaitu 1 TEAM 1 HEART 1 MISSION.

AVAIL maju berlandaskan wawasan, visi, misi serta nilai-nilai AVAIL yang benar dan murni. Semua AVAILIAN bersama-sama memupuk semangat berpasukan dan semangat kekeluargaan yang semakin erat dan akrab dari hari demi hari.

Bersama AVAIL , berjuta-juta pengguna setia telah menikmati faedah dari produk - produk AVAIL dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka. Selain daripada pengguna AVAIL , ramai ahli-ahli AVAIL juga telah berjaya mengubah kehidupan mereka dengan menjalankan bisness yang disediakan oleh syarikat AVAIL . Mereka bukan sahaja ditawarkan produk-produk AVAIL yang berkualiti dan berfaedah, malah disediakan juga Sistem Pemasaran dan Sistem Latihan AVAIL yang hebat bagi menjana transformasi masa depan mereka.

Untitled Document