
Avail Brite Toothgel|
Ramuan Utama and Kelebihan Avail Brite Toothgel |
EKSTRAK PROPOLIS SEMULAJADI Dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 69, di mana Allah berfirman: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia". Propolis mengandungi Flavonoid dan Vitamin E yang tinggi (anti-oksidan yang hebat). Dengan hadirnya bahan-bahan penyembuh luka dan anti-radang, Propolis berupaya mengurangkan masalah kekeringan mulut, nafas berbau, menanggalkan plak, mencegah kerosakan gigi dan terbukti dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan gusi. |
| EKSTRAK KAYU SUGI SEMULAJADI BERUS GIGI SEMULAJADI Daripada Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku perintahkan mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ). Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ). Kayu Sugi (Miswak) ialah ranting kayu pembersih gigi yang berasal dari pokok Salvadora persica. Ia telah dibuktikan bahawa berkesan dalam membantu membasmi kuman yang menyebabkan masalah gusi, menanggalkan plak dan kaviti, menghilangkan nafas berbau, memutihkan gigi, menambahkan air liur dan seterusnya mencegah kekeringan mulut (Xerostomia)yang biasa wujud pada perokok, pesakit kencing manis atau sebagai tanda bagi masalah-masalah kesihatan tertentu atau atau penyakit. |
| BAHAN PENYENTAL LEMBUT YANG UNIK Avail Brite ToothGel diformulasikan juga dengan sejenis bahan penyental lembut yang unik untuk bertugas menghilangkan kesan kotoran dan pewarna pada permukaan gigi secara selamat agar gigi lebih putih berseri. |
|
PUDINA 100% SEMULAJADI Dengan kehadiran pudina 100% semulajadi, Avail Brite ToothGel pasti memberikan anda satu pengalaman memberus gigi yang selesa dan segar serta memberikan kesegaran nafas yang berkekalan. |